Apr 01 2008
sama cantik sama padan…??
"eh eh tak sangka bini dia cantik…dia nya biasa je ek?" (kes suami yg tak berapa ensem tp dpt bini cantik)
"tunang ko keje apa?..engineer?..doctor?.." (kes si gadis keje gaji besau, tp dpt tunang keje kerani cabuk)
"ooooo….bininya tua 6 tahun ke??..patutlah.." (kes si suami dpt bini tua)
Hehehe…Ni apa kes ni??..haa..ni la kes mecari jodoh yg sepadan..bila nk start mencari jodoh tu mula lah pikir "sepadan ke aku ngan dia??…layak ke aku ngan dia??..sanggup ke dia sehidup semati dgn aku??…takut nanti bila dh kahwin, terkeluar plak perkataan "I hate you forever n ever till the end of my life!!"..hahha..parah…serammmm…
Hurmm…dh mmg sifat manusia mahukan yg terbaik dlm hidup mereka (walaupun diri sendiri tak berapa nk baik sgt).."I deserve the best for my life", tu kata hati…selfish tul kan??..
Tak salah memilih…tp setakat mana kita boleh memilih tu biarlah berpadanan dengan diri sendiri..tul tak??…huhu…
Apa makna sepadan??…patut ke si cantik lawannya si cantik??…si kaya lawannya si kaya??…si hodoh lawannya si hodoh??..sepadan dari segi apa ye?..rupa??..gaya??..minat??..wealth??..hurmm…cakap pasal suitable partner ni, sampai ada yg sanggup try "partner suitability test" la…tenung tarikh lahir la…tenung api air angin tanah la…semata2 nk check whether partner kita tu a good match..(I did try once, Tajul Muluk..dapat "rumah terbalik"…menakutkan je…huhu…)
Necessary ke "KESEPADANAN atau SEKUFU" ni utk sustain a strong relationship??..Dalam Islam, segolongan ulama berpendapat yang menjadi ukuran kufu’ ialah ketakwaannya, bukan dengan ukuran
keturunan, pendidikan, pekerjaan, kekayaan dsb..tp yg tu la yg dok kita ukur pn..
Kekadang tu, orang tu tak cantik pun kita suka…kita rasa sepadan je (konon la)…kekadang tu pulak, orang tu cantik,kaya, pandai (perfect semua and sepadan konon ngan kita) tp kita tak suka…hurmm…nape ek??…Apa2 pun, saya percaya "beauty lies on the eyes of the beholder"…cantik tu subjective…tang mana yg cantik tu, hanya org yang memandang saje yg tau…hihi…so…takleh la kita judge si pasangan ni sepadan ke…tak sepadan ke…kan??…yg penting hati…kalau dh suka…tetapkan hati anda untuk berani memilikinya…cuba utk menyepadankannya…bukan lari meninggalkannya..terima dia seadanya…hihihi…
Suka lagu ni…AKU from SEVENTEEN…Thanks to orang tu:-
Ku bukan seputih yang kau inginkan
Ku bukan setinggi yang kau harapkan
Tapi cubalah menggaliku lebih dalam
Temukan cahayaku hingga damai memelukmu
Sewajarnya bila ketulusan tercipta
Di hati nan sederhana
Sepantasnya bila kupersembahkan cinta
Seperti aku adanya
Ku bukan setegap yang kau impikan
Ku bukan semanis yg kau dambakan
Tapi cobalah renungkan ku lebih dalam
Temukan indahku biar hangat mendekatmu
Mungkin aku tiada erti
Di kisahmu perjalanan dulu
Percaya lah ku tak kuasa
Untuk melangkah bila tanpamu
Sejujurnya jika cinta kau semata
Seperti aku adanya
Sepantasnya bila kupersembahkan cinta
Seperti aku adanya
Sekian~~
–Aku, yg sepadan dgn org yg mcm aku–
3 responses so far
Yep, mari kite jangan jadi spt sesetengah org2 kampung yg beranggapan harte tu kunci kebahagiaan.
Sweet je akak n abg kane… hehehe
Nadot ngan Dude lagi la sweet honesty…hehe \(^0^)/
mane lak sweet honesty …
sweet escape la…huhuhu